KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan kajian impak secara menyeluruh sebelum membuat keputusan berhubung penganjuran Sukan SEA 2027.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan bagi menganjurkan temasya dwitahunan tersebut.
"Kabinet minta KBS mendapatkan lebih banyak maklumat penganjuran Sukan SEA 2027. Mesyuarat awal telah diadakan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan esok kita akan berjumpa dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mulakan perbincangan lihat apa kos yang akan kita hadapi jika anjurkan atau sebaliknya.
"Kementerian Kewangan minta untuk kaji betul-betul sebab tak nak bila kata nak anjur dua tiga tahun selepas itu duit tidak mencukupi dan perlu ditambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis 'Play True Day' antara KBS dan pemegang taruh utama di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini.
Hannah berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaru berhubung penganjuran temasya tersebut selepas mengadakan perjumpaan dengan pemegang taruh terlibat.
Terdahulu dalam perkembangan sama, semua ahli gabungan MOM bersetuju menghantar satu resolusi kepada KBS untuk merayu kerajaan meneruskan penganjuran Sukan SEA 2027.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia berikutan wujudnya kebimbangan terhadap nasib temasya itu selepas kerajaan menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 menggantikan penganjur asal, Victoria, Australia, bulan lepas.
Sebelum ini, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mahu supaya hak penganjuran itu diberikan kepada negara pernah dan mampu menjayakannya sebelum ini dengan Malaysia menyatakan minat berikutan pengunduran Brunei yang sepatutnya menganjurkan temasya sukan dwitahunan itu.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan itu adalah pada 2017.
Sukan SEA 2027 bakal menjadi kali ketujuh buat Malaysia sebagai tuan rumah selepas edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Hannah sweaktu berucap merasmikan Majlis 'Play True Day' antara KBS dan pemegang taruh utama di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini. - Bernama
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024
Kementerian Kesihatan akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025,
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Bencana industri: Pulau Pinang lulus penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana
Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana bagi bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bencana industri.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.